Pages

Monday, February 10, 2014

PENCAPAIAN KOKURIKULUM SKBM 2013

PENCAPAIAN SKBM 2013

KO AKADEMIK
BIL
PERTANDINGAN
KEDUDUKAN
1
Nyanyian solo
Penyertaan
2
Sayembara Deklamasi Sajak
Ketiga
3
Story Telling
Saguhati
4
Choral Speaking
Ke 6 Negeri
5
Bercerita Sek Rendah
Saguhati
6
Khat jawi
Penyertaan
7
Pidato
Penyertaan
8
Sahibbah
Keempat negeri

BALAPAN DAN PADANG
BIL
ACARA
PESERTA
KATEGORI
PINGAT
1
Lompat Tinggi
Muhd Irfan b. Abd Rauf
Lelaki 12
Emas
2
Lompat Jauh
Nurul Alyamaisarah bt Norrudin
Perempuan
10 tahun
Perak
3
Lempar Cakera
Mohd Aiman b Mohd Akhir
Lelaki 12
Gangsa
4
Lempar Cakera
Noor Syahidah bt Mohd Said
Perempuan
12
Perak

PAINTBALL 2013 ( Hari Pembalasan)



Pada 6 Oktober 2013, telah diadakan satu program LADAP terakhir bagi semua guru dan staff sokongan SKBM. Program kali ini agak "special" dimana satu permainan ekstream telah diadakan bertempat di Kem Kokurikulum Lanchang, iaitu "paintball" atau bahasa Melayu nya, bola kesakitan.
Semua guru dan staff sokongan telah ditaklimatkan oleh jurulatih yang bertugas dan diberi peluang untuk membuat tembak . an sasaran sebelum bermulanya aksi yang sebenar.
Guru-guru dan staff sokongan telah diundi untuk menbahagikan kumpulan dengan cara yang paling saksama dimana setiap kumpulan diketuai oleh, GB, PK 1, PK HEM, PK Koku dan Pengerusi Kelab Guru. Permainan dimain dalam skala liga.

Akhirnya pertemuan dramatik diantara Kumpulan GB dan PK Koku telah berlangsung dengan sengitnya dan seperti yang telah dijangka, kumpulan GB telah menjadi johan bagi tahun 2013. Ada ubi ada batas, lain kali kita balas. TErima kasih buat semua guru yang sudi menjayakan program LADAP pada kali ini, terutamanya buat En Borhan Puasa dan En Hazizie Hashim

PERKHEMAHAN TAHUNAN SKBM 2013

4 hingga 6 Oktober 2013, SKBM telah mengadakan program Perkhemahan Tahunan bertempat di Kem Pusat Ko Lanchang Merlimau. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun dan mendapat kerjasama dari jurulatih Pusat Kokurikulum Lanchang.

KEM SUKAN SEKOLAH (1M 1S) 2013

Pada 7 September 2013, bertempat di SKBM telah berlangsungnya Kem Sukan Sekolah yang bermula seawal jam 7.00 pagi sehingga la jam 4.00 petang. Pelbagai aktiviti dan base aktiviti telah dijalankan. Aktiviti ini mensasarkan pelajar tahun 3, 4 , 5 dan 6. Penglibatan guru adalah menyeluruh. Kesimpulan aktiviti ini sangat berjaya dan syas di ucapkan pada S/U Sukan En Hazizie b Hashim atas usaha beliau. Tahniah.

CERIA MERDEKA 2013

Seperti biasa, ketibaan bulan Ogos disambut dengan pelancaran bulan kemerdekaan di peringkat, sekolah, daerah mahu pun negeri. Pada tahun ini, beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan di peringkat sekolah. Penglibatan menyeluruh menyerikan lagi sambutan pada tahun ini. Acara pelancaran telah dissempurnakan oleh tuan guru besar SKBM Tn Hj Mohamad Nor b Yos.


BOLA JARING 2013

Pada 2013, merupakan kemunculan semula pasukan Bola Jaring SKBM setelah lama tidak beraksi di peringkat daerah J. Di bawah kelolaan jurulatih berpengalaman Pn Nora Ismail, pasukan Bola Jaring SKBM menyertai kejohanan kali ini. Permulaan yang baik, dimana menjadi naib johan kumpulan, namun tewas di hari kedua di perlawanan suku akhir. Satu permulaan yang baik. Syabas dan tahniah pn Nora dan guru-gur yang terlibat. Next time cuba lagi.

SUKAN TAHUNAN SK BATANG MELAKA 2013


Pada 4 Julai 2013, pukul 2.00 petang bertempat Padang Awam Batang Melaka, telah berlangsungnya Sukan Tahunan SK Batang Melaka bagi sidang 2013. Acara Tahunan ini telah berlangsung dengan gilang gemilang dengan penyertaan dari semua murid bermula dari prasekolah sehingga la ke tahun enam. Penglibatan semua guru, PIBG dan masyarakat setempat dan tokoh tempatan telah menyerikan lagi kejohanan sukan pada kali ini.