Pages

Thursday, May 15, 2014

SELAMAT HARI GURU 2014

16 Mei datang lagi. Selamat Hari Guru diucapkan buat semua guru di Malaysia, khasnya buat guru-guru di SK Batang Melaka.



Friday, February 14, 2014

KURSUS PENANDAARASAN NPQEL (HOKI)

En Kamarudin b Temu , Guru Besar SK Serkam Darat telah melaporkan diri di SKBM selama 2 minggu bermula pada 4 Februari 2014 sehingga 15 Februari 2014, untuk melengkapkan kursus NPQEL I.A.B penandarasan beliau. Sepanjang berada di SKBM , beliau telh memfokuskan kajian beliau terhadap hoki. Beliau juga telah menyumbangkan tenaga dan buah fikiran semasa SKBM menyertai kejohanan hoki merebut piala pusingan pengetua SMK Durian Tunggal yang lalu.
Terima kasih dan selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.

Wednesday, February 12, 2014

HOKI 2013

Pada 26 dan 27 April 2013, SKBM telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan untuk menyertai kejohanan MSSM Negeri Melaka. Di bawah bimbingan En Hazizie Hashim dan En Muhaimin menguruskan pasukan lelaki dan Cik Hjh Arni bt Mansor bersama En Mazlizam Ramli menguruskan pasukan perempuan. Kejohanan kali in telah diadakan di Malacca High School dan Stadium Hoki Bukit Serindit. Pada kali ini SKBM mensasarkan 3 tempat teratas sebagai sandaran.

Tuesday, February 11, 2014

HOKI PIALA PENGETUA SMK DURIAN TUNGGAL 2014

Pada 8 dan 9 Febuari 2014 bertempat di padang SMK Durian Tunggal, SKBM telah menghantar 2 pasukan Hoki untuk menyertai Temasya merebut Piala Pusingan Pengetua SMK Durian Tunggal bagi edisi 2014. Pertandingan terbuka ini telah disertai oleh pelbagai pasukan di seluruh negara mengikut kategori yang telah dipertandingkan.
Sepanjang 2 hari pasukan SKBM telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan. Pada akhirnya, pasukan perempuan telah mendapat tempat ke empat dengan kekalahan tipis di peringkat suku akhir, manakala pasukan lelaki berjaya melepasi pusingan ke 2. Lebih manisnya, adik Syahidah telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak bagi kategori perempuan bawah 12 tahun. Tahniah buat semua guru dan jurulatih yang terlibat terutamanya Cikgu Kamaruddin Temu yang telah bersama-sama memberi semangat , tunjuk ajar dan latihan tektikal.

TAHNIAH, SKBM CEMERLANG.



MERENTAS DESA 2014

Pada 28 Januari 2014 , Program Merentas Desa peringkat SKBM telah diadakan. Pada tahun ini seramai 107 orang pelajar tahap 2 telah mengambil bahagian. Pertandingan telah dibahagikan kepada 4 kategori :-

a. Perempuan bawah 10
b. Perempuan bawah 12
c. Lelaki bawah 10
d. Lelaki bawah 12



                                              Senamrobik diketuai oleh Cikgu Baktiee

TAKWIM KOKURIKULUM SKBM 2014

Takwim ko kurikulum SKBM boleh dirujuk disini

http://www.scribd.com/doc/206260431/Takwim-Pengurusan-Koku-Skbm-2014

PENTADBIR SKBM 2014