Pada 4 Julai 2013, pukul 2.00 petang bertempat Padang Awam Batang Melaka, telah berlangsungnya Sukan Tahunan SK Batang Melaka bagi sidang 2013. Acara Tahunan ini telah berlangsung dengan gilang gemilang dengan penyertaan dari semua murid bermula dari prasekolah sehingga la ke tahun enam. Penglibatan semua guru, PIBG dan masyarakat setempat dan tokoh tempatan telah menyerikan lagi kejohanan sukan pada kali ini.
MASA
|
ATURCARA MAJLIS
|
2.00 petang
|
Semua murid mengambil tempat dan bersedia di padang
untuk perbarisan lintas hormat. Ibu bapa dan para jemputan bersedia di balai
jemputan.
|
2.15 petang
|
Taklimat Setiausaha sukan kepada semua murid untuk
lintas hormat perbarisan.
|
2.30 petang
|
Ketibaan tetamu jemputan VIP dan disambut oleh Guru
Besar, Pengerusi PIBG dan GPK Sk Batang Melaka.
|
3.00 petang
|
Perbarisan lintas hormat yang diketuai oleh Tokoh
Olahragawan 2013 dan diikuti oleh peasukan pembawa bendera kejohanan ,
pasukan prasekolah, pasukan rumah biru, merah, kuning dan hijau. Pebarisan
sangat meriah dengan pakaian berhias yang disediakan oleh guru rumah sukan
masing-masing. Mereka juga menyediakan gimik untuk menambahkan lagi markah
rumah sukan masing-masing.
Selesai perbarisan , lagu Negaraku, Melaka Maju Jaya
dan lagu sekolah dimainkan. Lafaz doa telah disempurnakan oleh Ustaz Amir
Hamzah. Peserta kejohanan bersama-sama melaungkan ikrar kejohanan dengan
penuh semangat yang diketuai oleh adik Mohd Radhi. Diteruskan acara dengan
menaikan bendera kejohanan . Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Sidang
Hassan mewakili YB Datuk Wira Hj Abdul Ghafar bin Hj Atan. Markah terkini
bagi rumah sukan telah diumumkan.
|
4.00 petang
|
Acara akhir bermula.
a.
Larian 50 meter Lelaki dan
Perempuan.
b.
Acara jemputan 4 x 100 meter.
c.
100 meter bawah 10 tahun Lelaki
dan Perempuan.
d.
100 meter bawah 12 tahun Lelaki
dan Perempuan.
e.
Sukaneka Prasekolah
f.
Sukanneka Pendidikan Khas.
Acara diselang selikan dengan penyampian hadiah
kepada pemenang.
|
4.45 petang
|
Acara diteruskan :
a.
Sukaneka tahap 1 , Lelaki dan Perempuan.
b.
Sukaneka tahap 2 , Lelaki dan
perempuan.
c.
4 x 100 meter bawah 10 tahun ,
Lelaki dan Perempuan.
d.
4 x 100 meter bawah 12 tahun ,
Lelaki dan Perempuan.
|
5.30 petang
|
Acara ibubapa dan pegawai diadakan dengan meriah dan
mendapat penglibatan dari ibubapa. Seterusnya acara penyampiaan hadiah untuk
cara :
a.
Acara ibu bapa dan pegawai.
b.
Anugerah Khas Olahragawan.
c.
Anugerah Khas Olahragawati.
d.
Anugerah Khas Perbarisan Terbaik.
e.
Anugerah Khas Rumah Sukan Terbaik.
|
6.00 petang
|
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pn Ramziah
bte Othman mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Jasin. Sorakan daripada
penyokong rumah sukan membuktikan kejayaan dan kemeriahan sukan tahunan pada
tahun 2013. Rumah Biru sekali lagi telah berjaya mengekalkan kejohanan sukan
tahunan pada kali ini. Tahniah diucapkan.
|
6.15 petang
|
Bersurai.
|
No comments:
Post a Comment