Pages

Monday, February 10, 2014

PAINTBALL 2013 ( Hari Pembalasan)



Pada 6 Oktober 2013, telah diadakan satu program LADAP terakhir bagi semua guru dan staff sokongan SKBM. Program kali ini agak "special" dimana satu permainan ekstream telah diadakan bertempat di Kem Kokurikulum Lanchang, iaitu "paintball" atau bahasa Melayu nya, bola kesakitan.
Semua guru dan staff sokongan telah ditaklimatkan oleh jurulatih yang bertugas dan diberi peluang untuk membuat tembak . an sasaran sebelum bermulanya aksi yang sebenar.
Guru-guru dan staff sokongan telah diundi untuk menbahagikan kumpulan dengan cara yang paling saksama dimana setiap kumpulan diketuai oleh, GB, PK 1, PK HEM, PK Koku dan Pengerusi Kelab Guru. Permainan dimain dalam skala liga.

Akhirnya pertemuan dramatik diantara Kumpulan GB dan PK Koku telah berlangsung dengan sengitnya dan seperti yang telah dijangka, kumpulan GB telah menjadi johan bagi tahun 2013. Ada ubi ada batas, lain kali kita balas. TErima kasih buat semua guru yang sudi menjayakan program LADAP pada kali ini, terutamanya buat En Borhan Puasa dan En Hazizie Hashim













No comments:

Post a Comment