Pages

Wednesday, February 12, 2014

HOKI 2013

Pada 26 dan 27 April 2013, SKBM telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan untuk menyertai kejohanan MSSM Negeri Melaka. Di bawah bimbingan En Hazizie Hashim dan En Muhaimin menguruskan pasukan lelaki dan Cik Hjh Arni bt Mansor bersama En Mazlizam Ramli menguruskan pasukan perempuan. Kejohanan kali in telah diadakan di Malacca High School dan Stadium Hoki Bukit Serindit. Pada kali ini SKBM mensasarkan 3 tempat teratas sebagai sandaran.


Pasukan SKBM telah merai tempat pada kejohanan tersebut, dimana pasukan lelaki telah mendapat tempat ketiga dan pasukan perempuan telah menjadi johan setelah menewaskan pasukan SK Seri Bemban di Padang MHS. Lebih manis adik Nur Shahidah bt Mohd Said telah dinobatkan sebagi pemain terbaik sepanjang kejohanan, Nur Hidayu bt Anuar telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan iaitu 5 gol dan adik Siti Munawarah bt Ridwan telah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik sepanjang kejohanan.

Tahniah pada semua yang telah mengharumkan nama SKBM.








                                          Adik Nur Hidayu

                                          Adik Siti Munawarah

                                          Adik Nur Syahidah



No comments:

Post a Comment