Pages

Tuesday, February 11, 2014

HOKI PIALA PENGETUA SMK DURIAN TUNGGAL 2014

Pada 8 dan 9 Febuari 2014 bertempat di padang SMK Durian Tunggal, SKBM telah menghantar 2 pasukan Hoki untuk menyertai Temasya merebut Piala Pusingan Pengetua SMK Durian Tunggal bagi edisi 2014. Pertandingan terbuka ini telah disertai oleh pelbagai pasukan di seluruh negara mengikut kategori yang telah dipertandingkan.
Sepanjang 2 hari pasukan SKBM telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan. Pada akhirnya, pasukan perempuan telah mendapat tempat ke empat dengan kekalahan tipis di peringkat suku akhir, manakala pasukan lelaki berjaya melepasi pusingan ke 2. Lebih manisnya, adik Syahidah telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak bagi kategori perempuan bawah 12 tahun. Tahniah buat semua guru dan jurulatih yang terlibat terutamanya Cikgu Kamaruddin Temu yang telah bersama-sama memberi semangat , tunjuk ajar dan latihan tektikal.

TAHNIAH, SKBM CEMERLANG.








No comments:

Post a Comment